Tuesday, 19 January 2016

Keratan Akhbar


 
 




 
 
 
 
 

Kesimpulan



Perkembangan teknologi internet yang pesat telah memberi peluang kepada usahawan untuk memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa. Media sosial menjadi pilihan usahawan pada masa kini untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

            Penggunaannya yang mudah, boleh diakses pada bila-bila masa dan tempat serta menjimatkan kos menjadikan media sosial sebagai salah satu alat pemasaran yang paling efektif dan penting kepada usahawan.

            Selain itu, perniagaan melalui media sosial sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Teknik pemasaran yang berkesan dapat mempengaruhi jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan hasil jualan.

Faktor-Faktor Pendorong Penggunaan Media Sosial



Memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos menjadi faktor pendorong kepada penggunaan media sosial. Usahawan pada kebiasaanya memasarkan produk pada waktu–waktu tertentu. Ini disebabkan waktu kerja adalah terhad. Bagi usahawan yang menggunakan media sosial, waktu bagi memasarkan produk tidak tertakluk pada masa tertentu sahaja. Usahawan boleh memasarkannya pada bila-bila masa. Kos yang diperlukan adalah kecil iaitu talian internet, komputer ataupun telefon pintar.

Cara mengiklankan produk boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Pengiklanan secara visual akan memudahkan pengguna memahami tentang kegunaan sesuatu produk dan cara menggunakannya. Iklan visual yang menarik dapat mempengaruhi jumlah jualan sesuatu produk. Hasil jualan meningkat keuntungan bertambah.

Penggunaan media sosial tidak terhad kepada mereka yang telah bekerja sahaja. Para pelajar di peringkat sekolah, universiti mahupun suri rumah boleh menggunakan media sosial untuk memasarkan produk mereka. Ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang dunia perniagaan di samping menambah pendapatan keluarga bagi suri rumah.   

Melalui media sosial, sesuatu produk dapat dipasarkan tanpa bersemuka dengan pelanggan (face to face). Dengan cara ini, usahawan tidak perlu risau untuk bertemu dengan pelanggan yang cerewet. Rangkaian pasarannya adalah meluas dan tidak terbatas seperti dalam Rajah di bawah.
 





Sekiranya perniagaan dijalankan mengikut konsep lama, usahawan hanya dapat memasarkan produk dan perkhidmatan terhad kepada segelintir pelanggan sahaja. Dengan penggunaan media sosial, sesuatu produk itu boleh dikembangkan dengan meluas tanpa batasan.

Dunia tanpa sempadan. Pelanggan boleh terdiri daripada penduduk tempatan ataupun dari luar negara. Selagi mana produk yang dipasarkan diviral kepada pelanggan lain, selagi itulah produk tersebut berada di dalam pasaran dan diketahui umum.

Cabaran / Halangan Penggunaan Media Sosial Di Malaysia



Berpandukan kepada data di bawah, terdapat beberapa cabaran atau halangan penggunaan media sosial di Malaysia.
 
 
Berpandukan kepada data tahun 2011 yang dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia, penipuan menunjukkan kadar yang tertinggi iaitu sebanyak 5,328 kes. Jumlah yang tinggi ini menjadi punca para usahawan dan pelanggan tidak berani untuk menggunakan media sosial bagi menjalankan perniagaan atau membeli atas talian. Ini menunjukkan bahawa sebilangan pengguna telah menyalahgunakan teknologi bagi kepentingan peribadi.
 
Cabaran atau halangan kedua tertinggi ialah ‘Spam’. ‘Spam’ ialah istilah yang sering digunakan untuk emel yang tidak diundang atau tidak dikenali pengirimnya. Emel tersebut terus memasuki emel pengguna tanpa diundang dan mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan oleh pengirim. Kiriman tersebut kadangkala mengandungi virus yang boleh merosakkan Sistem Operasi (OS) sesebuah komputer atau telefon pintar.
 
Pencerobohan merupakan cabaran atau halangan yang ketiga tertinggi di Malaysia dengan jumlah kes sebanyak 3,699. Pengubahsuaian data atau maklumat dalam iklan di media sosial terjadi disebabkan sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Sering juga berlaku apabila pengguna ingin mengakses produk yang diiklankan, capaian laman web tersebut bertukar ke laman yang tiada kaitan dengan produk tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, usahawan perlu meningkatkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan mewujudkan sistem keselamatan di media sosial.
 
Cabaran cabaran lain ialah seperti cubaan pencerobohan, penyebaran kod merbahaya, gangguan siber, laporan vulnerabilities, gangguan perkhidmatan dan berkaitan kandungan. Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan bagi tahun 2011 ialah 15,218 kes.
 
Selain dari cabaran atau halangan yang dinyatakan di atas, terdapat juga cabaran atau halangan yang bersifat konvensional di mana hanya usahawan yang mempunyai atau menggunakan media sosial sahaja boleh memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaannya. Walau bagaimanapun, dengan kepesatan teknologi masa kini, bilangan usahawan yang tidak menggunakan media sosial adalah kecil berbanding bilangan yang menggunakannya.        

Tahap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Di Malaysia


 
 
Menurut sumber www.wearest.org yang diterjemahkan daripada infografik ‘The Malaysian Insider’ tahap penggunaan Internet di Malaysia bagi tahun 2013 ialah seramai 19.2 juta pengguna. Daripada jumlah tersebut, seramai 15.6 juta pengguna aktif menggunakan Facebook. 64% daripada jumlah populasi menggunakan media sosial. Manakala 58% pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi media sosial.
            Purata masa yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk melayari Internet ialah selama 5 jam 36 minit sehari. Daripada jumlah tersebut 3 jam 17 minit digunakan untuk melayari laman media sosial.
            Jumlah pengguna Internet di Malaysia tinggi, tetapi penggunaan media sosial bagi tujuan perniagaan masih lagi berada di tahap yang rendah (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Walau bagaimanapun, perkembangan penggunaan media sosial dalam perniagaan menunjukkan perkembangan positif di mana jumlahnya meningkat dari saban tahun. Peningkatan ini dipengaruhi oleh sikap pengguna yang mula sedar akan kelebihan yang wujud dalam laman media sosial.

Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Secara Global



Perniagaan melalui media sosial telah membuka ruang dan peluang kepada para usahawan untuk memasarkan dan memperkembangkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna samada di dalam atau di luar negara. Ia merupakan satu kaedah yang sangat berkesan untuk membantu memasarkan produk dan perkhidmatan ke serata dunia.  

Boleh di akses pada bila-bila masa dan tempat, media sosial menyebabkan industri dengan reputasi besar menggunakannya sebagai salah satu cara aktiviti pemasaran mereka. Ini kerana mereka menganggap media sosial adalah antara teknik pemasaran yang terbaik pada zaman ini.

Penggunaan media sosial dalam perniagaan telah mendapat perhatian dan berkembang dengan pesatnya terutama dalam bidang perbankan, perdagangan dan sebagainya. Malaysia menjadi sebuah negara yang berpotensi tinggi untuk menggalakkan penggunaan media sosial bagi tujuan perniagaan. Ia juga menjadi contoh kepada negara-negara membangun untuk mengimplementasikan penggunaan media sosial khususnya dan perkembangan teknologi maklumat amnya.
 
           Penggunaan media sosial dalam perniagaan secara global telah mendatangkan hasil jualan yang lebih memberansangkan dan menguntungkan kepada usahawan samada berskala kecil mahupun berskala besar sekaligus dapat mempengaruhi kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.



Kepentingan Media Sosial Dalam Perniagaan



Media sosial merupakan aplikasi internet yang sesuai digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi tetapi telah dikembangkan dalam bidang perniagaan. Aktiviti pemasaran yang dijalankan melalui meda sosial mampu menyediakan satu platform baru kepada usahawan terutama usahawan kecil.
 
Antara kepentingan menggunakan media sosial dalam perniagaan adalah seperti berikut :


a)    Pelanggan Berpotensi

Melalui media sosial, seseorang usahawan boleh mensasarkan jumlah jualan apabila terdapat ramai pelangan berpotensi. Usahawan seharusnya bijak dalam memilih media sosial yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Semakin ramai pengguna media sosial, semakin tinggi bakal pembeli. Ini akan memberi keuntungan kepada usahawan.
 
b)    Maklumbalas dari pelanggan
Maklumbalas yang dibuat oleh pelanggan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perniagaan. Setiap maklumbalas yang dibuat oleh pelanggan memberi gambaran samada usaha yang dilakukan selama ini oleh usahawan berjaya ataupun tidak. Maklumbalas dalam media sosial dapat dilihat oleh pembaca lain maka maklumbalas yang positif akan menarik lebih ramai pelanggan baru. Manakala maklumbalas negatif pula menyebabkan kemerosotan jualan.
Usahawan yang bijak akan menggunakan maklumbalas yang diterima untuk memperbaiki setiap kelemahan dan kesilapan yang wujud serta mempertingkatkan prestasi jualan mereka. Di samping itu, usahawan diibarat sebagai pendengar kepada setiap maklumbalas dan mengambil tindakan terhadap maklumbalas tersebut. Pelanggan adalah raja, tanpa mereka siapalah kita.
 
c)    Sistem pemberitahuan kepada pelanggan
Sistem ini memberitahu pengguna media sosial bahawa terdapat informasi (posting) terbaru daripada usahawan. Dengan cara ini, pelanggan dapat mengetahui maklumat terbaru berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan dengan cepat dan mudah.
 
d)    Meminimumkan kos pengiklanan
 
Kos untuk mengiklankan sesuatu produk dan perkhidamatan di dalam surat khabar, radio atau televisyen adalah tinggi. Ini memberi kesan kepada usahawan apabila terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk kos pengiklanan. Dengan penggunaan media sosial, kos tersebut dapat diminimumkan dan digunakan untuk tujuan penambahbaikan produkdan perkhidmatan.
 
 
 
 
 

Sejarah Dan Evolusi Media Sosial


Media sosial telah berkembang dengan pesatnya hingga kini. Sejarah perkembangan media sosial telah bermula pada tahun 1970an. Kewujudan media sosial pada tahun 1978 adalah hasil dari penemuan sistem papan buletin yang membolehkan pengguna memuatnaik dan memuatturun maklumat serta berkomunikasi dengan menggunakan surat elektronik yang mana internet perlu disambung dengan dan modem.

Ward Christense dan Randy Suess adalah individu yang bertanggungjawab yang menjumpai sistem papan buletin. Kedua-dua mereka meruapakan pencinta dunia komputer. Penghantaran surat elektronik pertama pada tahun 1971 oleh ARPA (Advanced Research Project Agency) merupakan perkembangan media sosial pertama yang telah dicatatkan. Berikut adalah merupakan perkembangan ataupun evolusi media sosial bermula dari tahun 1995 hingga kini.


1995

Kelahiran laman GeoCities. GeoCities melayani Web Hosting iaitu perkhidmatan sewa simpanan data - data website agar laman website tersebut boleh diakses di mana sahaja. Ia menjadi pemangkin kepada kewujudan website – website lain.
 

1997

Sixdegree.com laman jejaring sosial pertama walaupun sebenarnya pada tahun 1995 terdapat tapak Classmates.com. Ia dianggap popular kerana menawarkan sebuah laman jejaring sosial berbanding Classmates.com.


1999

Blogger menawarkan pengguna membuat laman web sendiri. Blogger boleh memuatkan apa-apa perkara dalam blog termasuklah hal-hal peribadi atau mungkin luahan atau kritikan tentang seseorang atau kumpulan. Blogger merupakan titik tolak berkembangnya media sosial yang lain.

                                                                                                  
2002

Laman rangkaian sosial Friendster ditubuhkan dan mendapat sambutan yang hangat dan luar biasa.


2003

LinkedIn        - Disamping bersosial ia juga berguna untuk mencari pekerjaan   sehingga menjadikan fungsi sebuah media sosial semakin berkembang.

MySpace       - Menawarkan pelbagai kemudahan dalam menggunakannya sehingga dikatakan laman jejaring sosial yang ‘user friendly’.


2004

Lahirnya Facebook, laman sosial yang mempunyai keahlian tertinggi dan menjadi dan masih mendapat sambutan hingga kini.


2006

Laman sosial yang berbeza dengan yang lain kerana pengguna Twitter hanya boleh mengemaskini status iaitu ‘Tweet’ terhad kepada 140 karakter.


2007

Laman sosial Wiser dilancarkan bagi memperingati Hari Bumi (22 April 2007). Laman ini menjadi sebuah direktori online kepada organisasi alam sekitar seluruh dunia termasuklah pergerakan alam sekitar sama ada yang dilakukan oleh individu mahupun kelompok lain.