Memasarkan
sesuatu produk atau perkhidmatan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos
menjadi faktor pendorong kepada penggunaan media sosial. Usahawan pada
kebiasaanya memasarkan produk pada waktu–waktu tertentu. Ini disebabkan waktu
kerja adalah terhad. Bagi usahawan yang menggunakan media sosial, waktu bagi
memasarkan produk tidak tertakluk pada masa tertentu sahaja. Usahawan boleh
memasarkannya pada bila-bila masa. Kos yang diperlukan adalah kecil iaitu
talian internet, komputer ataupun telefon pintar.
Cara
mengiklankan produk boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Pengiklanan
secara visual akan memudahkan pengguna memahami tentang kegunaan sesuatu produk
dan cara menggunakannya. Iklan visual yang menarik dapat mempengaruhi jumlah
jualan sesuatu produk. Hasil jualan meningkat keuntungan bertambah.
Penggunaan
media sosial tidak terhad kepada mereka yang telah bekerja sahaja. Para pelajar
di peringkat sekolah, universiti mahupun suri rumah boleh menggunakan media
sosial untuk memasarkan produk mereka. Ini dapat memberi pendedahan kepada para
pelajar tentang dunia perniagaan di samping menambah pendapatan keluarga bagi
suri rumah.
Melalui
media sosial, sesuatu produk dapat dipasarkan tanpa bersemuka dengan pelanggan
(face to face). Dengan cara ini, usahawan tidak perlu risau untuk bertemu
dengan pelanggan yang cerewet. Rangkaian pasarannya adalah meluas dan tidak
terbatas seperti dalam Rajah di bawah.
Sekiranya
perniagaan dijalankan mengikut konsep lama, usahawan hanya dapat memasarkan
produk dan perkhidmatan terhad kepada segelintir pelanggan sahaja. Dengan
penggunaan media sosial, sesuatu produk itu boleh dikembangkan dengan meluas
tanpa batasan.
Dunia
tanpa sempadan. Pelanggan boleh terdiri daripada penduduk tempatan ataupun dari
luar negara. Selagi mana produk yang dipasarkan diviral kepada pelanggan lain,
selagi itulah produk tersebut berada di dalam pasaran dan diketahui umum.
No comments:
Post a Comment