Tuesday, 19 January 2016
Kesimpulan
Perkembangan teknologi internet yang pesat
telah memberi peluang kepada usahawan untuk memperluaskan pasaran ke peringkat
antarabangsa. Media sosial menjadi pilihan usahawan pada masa kini untuk
memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Penggunaannya yang mudah, boleh diakses pada bila-bila masa dan tempat serta menjimatkan kos menjadikan media sosial sebagai salah satu alat pemasaran yang paling efektif dan penting kepada usahawan.
Selain itu, perniagaan melalui media sosial sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Teknik pemasaran yang berkesan dapat mempengaruhi jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan hasil jualan.
Faktor-Faktor Pendorong Penggunaan Media Sosial
Memasarkan
sesuatu produk atau perkhidmatan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos
menjadi faktor pendorong kepada penggunaan media sosial. Usahawan pada
kebiasaanya memasarkan produk pada waktu–waktu tertentu. Ini disebabkan waktu
kerja adalah terhad. Bagi usahawan yang menggunakan media sosial, waktu bagi
memasarkan produk tidak tertakluk pada masa tertentu sahaja. Usahawan boleh
memasarkannya pada bila-bila masa. Kos yang diperlukan adalah kecil iaitu
talian internet, komputer ataupun telefon pintar.
Cara
mengiklankan produk boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Pengiklanan
secara visual akan memudahkan pengguna memahami tentang kegunaan sesuatu produk
dan cara menggunakannya. Iklan visual yang menarik dapat mempengaruhi jumlah
jualan sesuatu produk. Hasil jualan meningkat keuntungan bertambah.
Penggunaan
media sosial tidak terhad kepada mereka yang telah bekerja sahaja. Para pelajar
di peringkat sekolah, universiti mahupun suri rumah boleh menggunakan media
sosial untuk memasarkan produk mereka. Ini dapat memberi pendedahan kepada para
pelajar tentang dunia perniagaan di samping menambah pendapatan keluarga bagi
suri rumah.
Melalui
media sosial, sesuatu produk dapat dipasarkan tanpa bersemuka dengan pelanggan
(face to face). Dengan cara ini, usahawan tidak perlu risau untuk bertemu
dengan pelanggan yang cerewet. Rangkaian pasarannya adalah meluas dan tidak
terbatas seperti dalam Rajah di bawah.
Sekiranya
perniagaan dijalankan mengikut konsep lama, usahawan hanya dapat memasarkan
produk dan perkhidmatan terhad kepada segelintir pelanggan sahaja. Dengan
penggunaan media sosial, sesuatu produk itu boleh dikembangkan dengan meluas
tanpa batasan.
Dunia
tanpa sempadan. Pelanggan boleh terdiri daripada penduduk tempatan ataupun dari
luar negara. Selagi mana produk yang dipasarkan diviral kepada pelanggan lain,
selagi itulah produk tersebut berada di dalam pasaran dan diketahui umum.
Cabaran / Halangan Penggunaan Media Sosial Di Malaysia
Berpandukan
kepada data di bawah, terdapat beberapa cabaran atau halangan penggunaan media
sosial di Malaysia.
Berpandukan
kepada data tahun 2011 yang dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia, penipuan
menunjukkan kadar yang tertinggi iaitu sebanyak 5,328 kes. Jumlah yang tinggi
ini menjadi punca para usahawan dan pelanggan tidak berani untuk menggunakan
media sosial bagi menjalankan perniagaan atau membeli atas talian. Ini
menunjukkan bahawa sebilangan pengguna telah menyalahgunakan teknologi bagi
kepentingan peribadi.
Cabaran
atau halangan kedua tertinggi ialah ‘Spam’. ‘Spam’ ialah istilah yang sering
digunakan untuk emel yang tidak diundang atau tidak dikenali pengirimnya. Emel
tersebut terus memasuki emel pengguna tanpa diundang dan mempromosikan produk
atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan oleh pengirim. Kiriman tersebut
kadangkala mengandungi virus yang boleh merosakkan Sistem Operasi (OS) sesebuah
komputer atau telefon pintar.
Pencerobohan
merupakan cabaran atau halangan yang ketiga tertinggi di Malaysia dengan jumlah
kes sebanyak 3,699. Pengubahsuaian data atau maklumat dalam iklan di media
sosial terjadi disebabkan sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Sering
juga berlaku apabila pengguna ingin mengakses produk yang diiklankan, capaian
laman web tersebut bertukar ke laman yang tiada kaitan dengan produk tersebut.
Bagi mengatasi masalah ini, usahawan perlu meningkatkan ilmu dalam bidang
teknologi maklumat dan mewujudkan sistem keselamatan di media sosial.
Cabaran
cabaran lain ialah seperti cubaan pencerobohan, penyebaran kod merbahaya,
gangguan siber, laporan vulnerabilities, gangguan perkhidmatan dan berkaitan
kandungan. Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan bagi tahun 2011 ialah 15,218 kes.
Selain dari cabaran atau halangan yang
dinyatakan di atas, terdapat juga cabaran atau halangan yang bersifat konvensional
di mana hanya usahawan yang mempunyai atau menggunakan media sosial sahaja
boleh memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaannya. Walau bagaimanapun,
dengan kepesatan teknologi masa kini, bilangan usahawan yang tidak menggunakan
media sosial adalah kecil berbanding bilangan yang menggunakannya.
Tahap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Di Malaysia
Menurut
sumber www.wearest.org
yang diterjemahkan daripada infografik ‘The Malaysian Insider’ tahap penggunaan
Internet di Malaysia bagi tahun 2013 ialah seramai 19.2 juta pengguna. Daripada
jumlah tersebut, seramai 15.6 juta pengguna aktif menggunakan Facebook. 64%
daripada jumlah populasi menggunakan media sosial. Manakala 58% pengguna
telefon pintar menggunakan aplikasi media sosial.
Purata masa yang digunakan oleh
rakyat Malaysia untuk melayari Internet ialah selama 5 jam 36 minit sehari.
Daripada jumlah tersebut 3 jam 17 minit digunakan untuk melayari laman media
sosial.
Jumlah pengguna Internet di Malaysia
tinggi, tetapi penggunaan media sosial bagi tujuan perniagaan masih lagi berada
di tahap yang rendah (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Walau
bagaimanapun, perkembangan penggunaan media sosial dalam perniagaan menunjukkan
perkembangan positif di mana jumlahnya meningkat dari saban tahun. Peningkatan
ini dipengaruhi oleh sikap pengguna yang mula sedar akan kelebihan yang wujud
dalam laman media sosial.
Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Secara Global
Perniagaan
melalui media sosial telah membuka ruang dan peluang kepada para usahawan untuk
memasarkan dan memperkembangkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna samada
di dalam atau di luar negara. Ia merupakan satu kaedah yang sangat berkesan
untuk membantu memasarkan produk dan perkhidmatan ke serata dunia.
Boleh
di akses pada bila-bila masa dan tempat, media sosial menyebabkan industri
dengan reputasi besar menggunakannya sebagai salah satu cara aktiviti pemasaran
mereka. Ini kerana mereka menganggap media sosial adalah antara teknik
pemasaran yang terbaik pada zaman ini.
Penggunaan
media sosial dalam perniagaan telah mendapat perhatian dan berkembang dengan
pesatnya terutama dalam bidang perbankan, perdagangan dan sebagainya. Malaysia
menjadi sebuah negara yang berpotensi tinggi untuk menggalakkan penggunaan
media sosial bagi tujuan perniagaan. Ia juga menjadi contoh kepada
negara-negara membangun untuk mengimplementasikan penggunaan media sosial
khususnya dan perkembangan teknologi maklumat amnya.
Kepentingan Media Sosial Dalam Perniagaan
Media
sosial merupakan aplikasi internet yang sesuai digunakan bukan sahaja untuk
berkomunikasi tetapi telah dikembangkan dalam bidang perniagaan. Aktiviti
pemasaran yang dijalankan melalui meda sosial mampu menyediakan satu platform
baru kepada usahawan terutama usahawan kecil.
a)
Pelanggan
Berpotensi
Melalui media sosial, seseorang usahawan
boleh mensasarkan jumlah jualan apabila terdapat ramai pelangan berpotensi. Usahawan
seharusnya bijak dalam memilih media sosial yang sering dikunjungi oleh
pelanggan. Semakin ramai pengguna media sosial, semakin tinggi bakal pembeli.
Ini akan memberi keuntungan kepada usahawan.
b)
Maklumbalas
dari pelanggan
Maklumbalas yang dibuat oleh pelanggan memainkan
peranan yang penting dalam sesebuah perniagaan. Setiap maklumbalas yang dibuat
oleh pelanggan memberi gambaran samada usaha yang dilakukan selama ini oleh
usahawan berjaya ataupun tidak. Maklumbalas dalam media sosial dapat dilihat
oleh pembaca lain maka maklumbalas yang positif akan menarik lebih ramai
pelanggan baru. Manakala maklumbalas negatif pula menyebabkan kemerosotan
jualan.
Usahawan yang bijak akan
menggunakan maklumbalas yang diterima untuk memperbaiki setiap kelemahan dan
kesilapan yang wujud serta mempertingkatkan prestasi jualan mereka. Di samping
itu, usahawan diibarat sebagai pendengar kepada setiap maklumbalas dan
mengambil tindakan terhadap maklumbalas tersebut. Pelanggan adalah raja, tanpa
mereka siapalah kita.
c)
Sistem
pemberitahuan kepada pelanggan
Sistem ini memberitahu
pengguna media sosial bahawa terdapat informasi (posting) terbaru daripada
usahawan. Dengan cara ini, pelanggan dapat mengetahui maklumat terbaru
berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan dengan cepat
dan mudah.
d)
Meminimumkan
kos pengiklanan
Kos untuk mengiklankan
sesuatu produk dan perkhidamatan di dalam surat khabar, radio atau televisyen
adalah tinggi. Ini memberi kesan kepada usahawan apabila terpaksa mengeluarkan
modal yang besar untuk kos pengiklanan. Dengan penggunaan media sosial, kos
tersebut dapat diminimumkan dan digunakan untuk tujuan penambahbaikan produkdan
perkhidmatan.
Sejarah Dan Evolusi Media Sosial
Media
sosial telah berkembang dengan pesatnya hingga kini. Sejarah perkembangan media
sosial telah bermula pada tahun 1970an. Kewujudan media sosial pada tahun 1978
adalah hasil dari penemuan sistem papan buletin yang membolehkan pengguna
memuatnaik dan memuatturun maklumat serta berkomunikasi dengan menggunakan
surat elektronik yang mana internet perlu disambung dengan dan modem.
Ward
Christense dan Randy Suess adalah individu yang bertanggungjawab yang menjumpai
sistem papan buletin. Kedua-dua mereka meruapakan pencinta dunia komputer.
Penghantaran surat elektronik pertama pada tahun 1971 oleh ARPA (Advanced
Research Project Agency) merupakan perkembangan media sosial pertama yang telah
dicatatkan. Berikut adalah merupakan perkembangan ataupun evolusi media sosial
bermula dari tahun 1995 hingga kini.
1995
Kelahiran
laman GeoCities. GeoCities melayani Web Hosting iaitu perkhidmatan sewa
simpanan data - data website agar laman website tersebut boleh diakses di mana
sahaja. Ia menjadi pemangkin kepada kewujudan website – website lain.
1997
Sixdegree.com laman jejaring sosial pertama
walaupun sebenarnya pada tahun 1995 terdapat tapak Classmates.com. Ia dianggap
popular kerana menawarkan sebuah laman jejaring sosial berbanding
Classmates.com.
1999
Blogger menawarkan pengguna membuat laman web
sendiri. Blogger boleh memuatkan apa-apa perkara dalam blog termasuklah hal-hal
peribadi atau mungkin luahan atau kritikan tentang seseorang atau kumpulan.
Blogger merupakan titik tolak berkembangnya media sosial yang lain.
2002
Laman rangkaian sosial Friendster ditubuhkan
dan mendapat sambutan yang hangat dan luar biasa.
2003
LinkedIn -
Disamping bersosial ia juga berguna untuk mencari pekerjaan sehingga menjadikan fungsi sebuah media
sosial semakin berkembang.
MySpace - Menawarkan pelbagai kemudahan dalam
menggunakannya sehingga dikatakan laman jejaring sosial yang ‘user friendly’.
2004
Lahirnya Facebook, laman sosial yang mempunyai
keahlian tertinggi dan menjadi dan masih mendapat sambutan hingga kini.
2006
Laman sosial yang berbeza dengan yang lain
kerana pengguna Twitter hanya boleh mengemaskini status iaitu ‘Tweet’ terhad kepada
140 karakter.
2007
Laman sosial Wiser dilancarkan bagi
memperingati Hari Bumi (22 April 2007). Laman ini menjadi sebuah direktori
online kepada organisasi alam sekitar seluruh dunia termasuklah pergerakan alam
sekitar sama ada yang dilakukan oleh individu mahupun kelompok lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)