Tuesday 19 January 2016

Cabaran / Halangan Penggunaan Media Sosial Di Malaysia



Berpandukan kepada data di bawah, terdapat beberapa cabaran atau halangan penggunaan media sosial di Malaysia.
 
 
Berpandukan kepada data tahun 2011 yang dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia, penipuan menunjukkan kadar yang tertinggi iaitu sebanyak 5,328 kes. Jumlah yang tinggi ini menjadi punca para usahawan dan pelanggan tidak berani untuk menggunakan media sosial bagi menjalankan perniagaan atau membeli atas talian. Ini menunjukkan bahawa sebilangan pengguna telah menyalahgunakan teknologi bagi kepentingan peribadi.
 
Cabaran atau halangan kedua tertinggi ialah ‘Spam’. ‘Spam’ ialah istilah yang sering digunakan untuk emel yang tidak diundang atau tidak dikenali pengirimnya. Emel tersebut terus memasuki emel pengguna tanpa diundang dan mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan oleh pengirim. Kiriman tersebut kadangkala mengandungi virus yang boleh merosakkan Sistem Operasi (OS) sesebuah komputer atau telefon pintar.
 
Pencerobohan merupakan cabaran atau halangan yang ketiga tertinggi di Malaysia dengan jumlah kes sebanyak 3,699. Pengubahsuaian data atau maklumat dalam iklan di media sosial terjadi disebabkan sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Sering juga berlaku apabila pengguna ingin mengakses produk yang diiklankan, capaian laman web tersebut bertukar ke laman yang tiada kaitan dengan produk tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, usahawan perlu meningkatkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan mewujudkan sistem keselamatan di media sosial.
 
Cabaran cabaran lain ialah seperti cubaan pencerobohan, penyebaran kod merbahaya, gangguan siber, laporan vulnerabilities, gangguan perkhidmatan dan berkaitan kandungan. Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan bagi tahun 2011 ialah 15,218 kes.
 
Selain dari cabaran atau halangan yang dinyatakan di atas, terdapat juga cabaran atau halangan yang bersifat konvensional di mana hanya usahawan yang mempunyai atau menggunakan media sosial sahaja boleh memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaannya. Walau bagaimanapun, dengan kepesatan teknologi masa kini, bilangan usahawan yang tidak menggunakan media sosial adalah kecil berbanding bilangan yang menggunakannya.        

No comments:

Post a Comment