Tuesday 19 January 2016

Faktor-Faktor Pendorong Penggunaan Media Sosial



Memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos menjadi faktor pendorong kepada penggunaan media sosial. Usahawan pada kebiasaanya memasarkan produk pada waktu–waktu tertentu. Ini disebabkan waktu kerja adalah terhad. Bagi usahawan yang menggunakan media sosial, waktu bagi memasarkan produk tidak tertakluk pada masa tertentu sahaja. Usahawan boleh memasarkannya pada bila-bila masa. Kos yang diperlukan adalah kecil iaitu talian internet, komputer ataupun telefon pintar.

Cara mengiklankan produk boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Pengiklanan secara visual akan memudahkan pengguna memahami tentang kegunaan sesuatu produk dan cara menggunakannya. Iklan visual yang menarik dapat mempengaruhi jumlah jualan sesuatu produk. Hasil jualan meningkat keuntungan bertambah.

Penggunaan media sosial tidak terhad kepada mereka yang telah bekerja sahaja. Para pelajar di peringkat sekolah, universiti mahupun suri rumah boleh menggunakan media sosial untuk memasarkan produk mereka. Ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang dunia perniagaan di samping menambah pendapatan keluarga bagi suri rumah.   

Melalui media sosial, sesuatu produk dapat dipasarkan tanpa bersemuka dengan pelanggan (face to face). Dengan cara ini, usahawan tidak perlu risau untuk bertemu dengan pelanggan yang cerewet. Rangkaian pasarannya adalah meluas dan tidak terbatas seperti dalam Rajah di bawah.
 





Sekiranya perniagaan dijalankan mengikut konsep lama, usahawan hanya dapat memasarkan produk dan perkhidmatan terhad kepada segelintir pelanggan sahaja. Dengan penggunaan media sosial, sesuatu produk itu boleh dikembangkan dengan meluas tanpa batasan.

Dunia tanpa sempadan. Pelanggan boleh terdiri daripada penduduk tempatan ataupun dari luar negara. Selagi mana produk yang dipasarkan diviral kepada pelanggan lain, selagi itulah produk tersebut berada di dalam pasaran dan diketahui umum.

No comments:

Post a Comment