Tuesday 19 January 2016

Pendahuluan

 
Media sosial adalah salah satu cara masyarakat pada masa kini berhubung, berkomunikasi dan berkongsi maklumat secara atas talian antara satu sama lain. Seperti sedia maklum, masyarakat pada zaman dahulu berhubung dengan cara menulis surat ataupun telegram. Maklumat yang diterima mungkin telah berlaku 4 – 5 hari lepas.   Zaman telah berubah, penggunaan teknologi moden telah menggantikan peranan surat sebagai salah satu cara perhubungan. Hanya dengan klik sahaja segala maklumat boleh disampaikan kepada sesiapa sahaja walaupun di mana mereka berada.

Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi adalah contoh media sosial yang sering digunakan oleh masyarakat pada masa kini. Penggunaanya yang mudah (user friendly) membolehkan pengguna pelbagai peringkat umur dan jantina mengaksesnya. Pengguna yang tidak mempunyai komputer, telefon pintar dan talian internet boleh melayari laman media sosial samada di cybercafe ataupun Medan Info Desa (disediakan oleh kerajaan untuk penduduk di kawasan luar bandar).  

Di samping untuk berhubung, masyarakat telah menjadikan media sosial sebagai salah satu platform untuk menjalankan perniagaan secara online.Perniagaan secara alam maya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perumpamaan yang menggambarkan peningkatan jumlah usahawan yang menggunakan media sosial sebagai salah satu cabang pengiklanan di Malaysia. Pelbagai produk dan perkhidmatan seperti produk kecantikan, pakaian, makanan sejuk beku, alatan permainan dan banyak lagi boleh didapati di media sosial.

Boleh dilakukan pada bila-bila masa, tempat dan menjimatkan kos menjadikannya begitu popular di kalangan usahawan dalam memasarkan produk mereka. Target pemasaran melalui media sosial tidak terhad kepada masyarakat setempat sahaja tetapi meluas kepada masyarakat seluruh dunia. Sebagai contoh usahawan internet yang berjaya, Irfan Khairi seorang yang tidak dikenali sebelum ini tetapi telah  berjaya membuka mata semua pihak dengan kejayaannya.

Walaupun penggunaan media sosial itu mudah, terdapat beberapa perkara perlu diambil tahu oleh usahawan seperti ciri-ciri keselamatan pada iklan dan cara persembahan bagi menarik minat pelanggan untuk membeli. Pengguna yang tidak bertanggungjawab akan cuba membuat pengubahsuaian atau pencerobohan ke atas iklan yang dipaparkan. Ini merupakan cabaran atau halangan yang perlu dihadapi oleh usahawan.  Iklan yang menarik serta mudah difahami akan membantu meningkatkan jualan seterusnya melonjakkan keuntungan. 






              



No comments:

Post a Comment