Tuesday 19 January 2016

Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Secara Global



Perniagaan melalui media sosial telah membuka ruang dan peluang kepada para usahawan untuk memasarkan dan memperkembangkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna samada di dalam atau di luar negara. Ia merupakan satu kaedah yang sangat berkesan untuk membantu memasarkan produk dan perkhidmatan ke serata dunia.  

Boleh di akses pada bila-bila masa dan tempat, media sosial menyebabkan industri dengan reputasi besar menggunakannya sebagai salah satu cara aktiviti pemasaran mereka. Ini kerana mereka menganggap media sosial adalah antara teknik pemasaran yang terbaik pada zaman ini.

Penggunaan media sosial dalam perniagaan telah mendapat perhatian dan berkembang dengan pesatnya terutama dalam bidang perbankan, perdagangan dan sebagainya. Malaysia menjadi sebuah negara yang berpotensi tinggi untuk menggalakkan penggunaan media sosial bagi tujuan perniagaan. Ia juga menjadi contoh kepada negara-negara membangun untuk mengimplementasikan penggunaan media sosial khususnya dan perkembangan teknologi maklumat amnya.
 
           Penggunaan media sosial dalam perniagaan secara global telah mendatangkan hasil jualan yang lebih memberansangkan dan menguntungkan kepada usahawan samada berskala kecil mahupun berskala besar sekaligus dapat mempengaruhi kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.



No comments:

Post a Comment